Selasa, 10 November 2009

Saper yang tak nak jadi jutawan.. Tapi ada juga manusia yang tak suka bila kita kata cita-cita kita adalah nak jadi jutawan.. Tak cukup dengan ketawa & senyum sinis, mereka tambah lagi dengan andaian bahwa orang yg bercita-cita begitu gilakan dunia dan harta.. Macamlah hidup lama sangat kat dunia ni... Saya ada satu persoalan yg cepu emas utk dijawab & dibincang bersama.. Jika kita beramal soleh hanya utk diri kita sahaja, hanya kita yg dapat ganjarannya..

Tetapi, jika kita mempunyai harta, kita dapat membina masjid utk kegunaan umat Islam, ber-infaq untuk jalan Allah, membantu faqir-faqir miskin & juga membantu ulama-ulama dalam menuntut ilmu Agama & juga untuk usaha dakwah mereka... Selain itu, dengan sedikit harta juga, kita dapat membantu anak-anak yatim yg tiada tempat bergantungan, ibu-ibu tunggal.... Ini semua dituntut dan digalakkan oleh Agama..

Kita hidup bukan untuk sendiri-sendiri.. Amat tidak wajar jika dikatakan orang yg sibuk mengejar harta adalah gilakan dunia.. Siapa tahu niat hati masing2?? Hanya Allah Yang Tahu apa niat setiap orang..

Saya meletak topik ini hanya sekadar renungan.. Bukanlah untuk mengatakan semua orang perlu jadi jutawan.. Tidak.. Tetapi ingin menyatakan bahawa, amat pentingnya jutawan yg zuhud, yg tidak cintakan dunia.. Tapi sebaliknya, dengan harta yg ada, dia diredahi oleh Allah..

Mungkin pendapat ini ada kekurangan, namun yang baik, sama-sama kita fikirkan, yang buruk kita tolak jauh-jauh... Yang benar hanyalah firmanNYA..

Wallahu'alam.